Sunday, 11 December 2011

SUSUN ATUR ALATAN SUKAN...

Alatan sukan terdiri dari pada pelbagai bentuk, saiz dan berat. Alatan-alatan ini perlu disusun supaya sentiasa kemas dan mudah untuk dikendalikan.

Cara susunan alatan sukan yang disyorkan:

1. Susun atur mengikut saiz
- Alatan yang besar, misalnya bola sepak, bola jaring dan bola keranjang diletakkan di sebelah bawah pada rak simpanan manakala alatan yang kecil seperti bola tenis diletakkan di sebelah atas rak.

2. susun atur mengikut bentuk
- Alatan yang panjang seperti kayu hoki dan kayu pemukul sofbal disimpan secara menegak supaya mudah diambil dan boleh jimatkan ruang.
- Alatan yang tajam seperti lembing disimpan secara menegak di bahagian sudut stor dengan matanya menghala ke bawah.

3. Susun atur mengikut berat atau ringan
- Alatan yang berat seperti peluru, cakera dan bola segar diletakkan di sebelah bawah pada rak simpanan dan tempat yang khusus untuk mengelakkan terjatuh dan mudah bergolek.
- Alatan yang ringan pula diletakkan di bahagian atas rak simpanan.

Pada umumnya, susunan tersebut memberi beberapa kebaikan:
-memudahkan pengambilan dan penyimpanan alatan
-memudahkan pengiraan alatan
-menjimatkan ruang
-menjamin keselamatan pengguna

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan sesetengah sekolah agak kurang mengambil berat tentang hal ini. Seeloknya juga, setiap rak dilabelkan bagi menampakkan lebih kekemasan.





Susun atur alatan sukan yang kemas

Peruntukan Waktu Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di Sekolah

Surat pekeliling ikhtisas bil 25/1998: pelaksanaan mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan KP (BS) 8591/Jld.XIV/(25) yang dikeluarkan pada 18 November 1998 oleh pejabat KPPM adalah panduan untuk pentadbir sekolah dan panitia PJK merancang RPT masing-masing.

Walau bagaimanapun, masih terdapat kekeliruan peruntukan waktu PJ dan PK oleh panitia PJK di sekolah-sekolah.
Peruntukan masa bagi Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan adalah seperti berikut:
Sekolah rendah tahap 1 (tahun 1, 2 dan 3)
pj : 84 waktu setahun x 30 minit
pk : 42 waktu setahun x 30 minit
Sekolah rendah tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6)
pj : 60 waktu setahun x 30 minit
pk : 24 waktu setahun x 30 minit
Sekolah menengah (tingkatan 1, 2, 3, 4, dan 5)
pj : 60 waktu setahun x 40 minit
pk : 24 waktu setahun x 40 minit

Di sini saya linkkan surat pekeliling itu bagi memudahkan kita semua.


Tugas Guru Pendidikan Jasmani dan Guru Sukan

Sesi persekolahan akan dibuka semula awal tahun hadapan. bagi guru yang diluluskan pertukaran, mesti seronok kan?. Apa pun, walau di mana kita bertugas adalah menjadi tanggungjawab kita untuk terus berkhidmat sebaik mungkin.

Kali ini saya ingin menarik perhatian berkaitan tugas seorang guru pendidikan jasmani dan guru sukan. Kadang kala guru dan pentadbir sendiri agak keliru berkaitan tugas kedua-dua guru ini. Kadang kala juga timbul perasaan tidak puas hati terhadap pengagihan tugas yang diberikan.

Perlu ditegaskan, guru pendidikan jasmani samalah juga seperti guru Sejarah, Sains, Bahasa Melayu dan sebagainya. Mudah cerita, guru PJK adalah guru akademik. Jadi, tugasnya juga menjurus kepada akademik, p&p dan amali.

Yang menjadi ketidakpuasan hati guru PJK ialah apa saja yang berkaitan sukan ditujukan kepada mereka. Melatih pasukan sekolah guru PJK, nak hantar budak ke MSSD pun guru PJK juga.. Pendek kata, semua yang berkaitan sukan... guru PJK yang kena.

uiiitt... ini dah lebihhh... tak kan semua guru PJK. mana guru lain?

Haaaaa... itu lah sebab ada guru sukan. kebanyakan sekolah mengagihkan tugas ini dengan baik. Bagi saya, guru sukan adalah guru yang dilantik oleh sekolah untuk menguruskan pasukan sekolah. Macam ni la bagus, tugas dapat sorang sikit...

Cikgu PJK?.. cikgu PJK tentu boleh dirujuk untuk memantapkan pasukan. kalau macam ni, tentu cikgu PJK setuju.. kuranglah sikit beban kan?!

SUKAN OLIMPIK


Ia telah diadakan buat kali pertama di Greece pada tahun 1896. Sukan ini dianjurkan oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa yang bergabung dengan Majlis Olimpik Antarabangsa dan ia diadakan empat tahun sekali. Pada Sukan Olimpik yang pertama itu sebanyak 295 atlit telah menyertainya. Setelah itu banyak kejayan yang diperolehi atau dilihat pada Sukan Olimpik contohnya pada 1992 di Barcelona lebih dari 135 negara yang menyertai sukan ini. Cogan kata bagi Sukan Olimpik ialah “Perkara yang penting dalam sukan bukanlah kemenangan , tetapi mengambil bahagian seperti perkara yang penting dalam hidup ialah berusaha”. Berdasarkan kepada cogan kata inilah banyak negara yang menyertainya walaupun amat sukar untuk mencapai sesuatu kemenangan yang memang menjadi idaman mereka. Malaysia telah menyertai Sukan Olimpik pada tahun 1956 di Melbourne dalam 4 acara iaitu hoki, angkat berat, olahraga dan renang. Sejak dari itu, Malaysia tidak pernah ketinggalan dari menyertai Sukan Olimpik kecuali tahun 1980 kerana membantah tindakan Rusia yang menceroboh Afghanistan. Sehingga kini kita hanya pernah memenangi pingat gangsa acara badminton di Barcelona tahun 1992.

PANDUAN PAKAIAN PJ UNTUK GURU DAN MURID

Guru-guru PJ dan murid-murid telah menjadi mangsa teguran, marahan dan tindakan disiplin kerana tidak memakai pakaian yang 'sesuai' selepas mata pelajaran PJ. Siaran berikut akan melegakan hampir kesemua murid di sekolah rendah dan menegah serta guru-guru PJ yang sudah lama 'menahan' teguran dan sindiran rakan guru dan pentadbir sekolah.

Saya harap kita guru-guru PJ dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran PJ dengan kelonggaran yang dibenarkan melalui surat siaran ini. Dengan adanya kelonggaran ini, maka tidak ada alasan untuk kita tidak berpakaian sesuai semasa mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

Sekian.